Perubatan modern atau Perubatan Altenatif?

assalammualaikum...

kali ni nak share sket mngenai perubatan modern dan perubatan altenatif/rawatan islam..

semenjak aku sakit ni...dah macam2 jugak cara untuk aku sihat and pulih seperti biase...yelah siapa yang xnak sihat dan kembali normal macam dlu balik kan? aku rindu sangat dengan diri aku yang dlu..bebas nak makan apa saja, pergi mana2, xperlu nak bergantung dengan ubat ubatan dan mesin..kena ambil darah setiap bulan..dah macam jadi bahan experimen buat doctor2..kesian pulak dekat badan aku ni..kadang2 tu tak rehat dari segala dadah yang masuk dalam tubuh..tapi nak macam mane..kate doc ia akan menghapuskan sel aku..dapat meningkatkan balik imunisasi aku, dapat recover balik keadaan organ dalam badan aku..tapi sampai bila kan?



Chemo dah hampir 7x pun takde improvement..adakah itu merupakan kejayaan perubatan modern? kebanyakkan semua yang buat chemo, takde pun yang akan sihat macam dulu..banyak lagi side effect adalah...dahla ubat chemo tu panas..pada permulaan buat pun dapat rase, after a few week mulalah akan nampak side effect yang sangat ketara adalah rambut akan gugur teruk yang amat..kondisi dalam badan aku pun tak tahu lah..tapi badan akan terasa bahang, setiap masa rasa panas..kalau bole nak duduk dalam air cond je..mana yang ruma ade air cond tu ok lah sikit kot..mane orang yg kurang berkemampuan? tapi lepas dapat result masih tidak memuaskan..adakah perubatan modern tu bagus kalau masih xde improvement? habes tu sampai bila ubat chemo tu nak ade dalam badan? lama2 badan akan jadi cepat rosak..disebabkan terlalu banyak dos dadah dalam badan..

selain tu pulak, memandangkan aku dah menjalani proses dialisis, bertambah pulak dengan penyucian buah pinggang, katenya buah pinggang dah tak dapat proses dan mnyahtoksik apa yang aku makan, tapi sampai bila kan? takkan aku nak buat dialisis seumur hidup? Penat weyh...setiap minggu nak kena mengahadap nurse 2/3x seminggu..terperap 4 jam atas kerusi tu..membosankan..tapi aku selalunya tido or bace buku ape yang patut jela bagi ilang bosan tu..so, penyucian buah pinggang tu pun perubatan modern masa kini yang membantu untuk buah pinggang kite mnyahtoksik..tapi untuk jangka masa lama ianya akan memakan balik buah pinggang kita...menurut kata2 nurse yang selalu handle aku dialisis la..doctor pun ada cakap macam tu..dahtu kalau jangka masa lama akan rosak jugak so kenapa dialisis jugak?

Bila ko dah sakit ni. macam2 ko akan cuba, tpi bukan la cuba produk2 yang mengarut..aku sarankan better jangan bila ko dah sakt kronik..sebab bukan semua ubatan lua tu sesuai dengan badan kita..yang pasal ubatan lua tu kalau bole rujuk pada yang pakar lahh..sebab nanti takut side effect lain pulak yang datang..

So selepas aku sakit tu, aku ada juga cuba rawatan perubatan islam, yelah kita ikhtiar dan tawakal la..banyak jugak tempat aku dah pergi area kuantan, paling jauh aku pergi is Dungun..
bila orang kate sesorang tu bole mngubati penyakit seperti cancer dan sakit2 yang lain aku pun teringin juga nak mencuba naseb, yelah mane la tau kan dengan kaedah macam tu mampu sembuhkan aku dari segi rohani..tak perlu nak makan ubat semua..cuma kena banyak berpantang dari segi makanan jela dan amalkan ayat2 suci al quran..ins
hallah..

Tapi bila aki buat dua perkara ni dalam satu masa..aku jadi serba salah..aku jadi tak tahu nak follow kata dari siapa, Doctor atau Ustaz2 yang merawat tu?
bila aku tak follow kata doc nanti aku risau jugak kalau jadi pape balik2 aku akan ke hospital cari dorang jugak...tapi untuk sembuhkan dari segi dalam pula ustaz tak bagi buat benda2 alah cuci darah n chemo tu semua..just amalkan pemakan yang sihta, banyakkan makan makanan sunnah, air zam2 dan sebagainya yang berlandaskan islam..

sememangnya yang Maha Menyembuh itu Adalah Kekuasaaan Allah Taala, tapi kita sebagai insan yang diduga kena juga berusaha untuk sihat dan teruskan hidup..tapi yang menjadi masalah sekarang ni aku dalam dilema untuk ikut kata siapa..aku pun tak mampu untuk buat keputusan sendiri..



kalau nak ikotkan aku nak tak suka perubatan modern disebabkan lebih memudaratkan dan menyakitkan..sedangan perubatan islam tu tidak menyakitkan..dan kita sebagai umat islam takkan nak menidakkan ayat2 suci al quran kan? cumanya kita pun kena la yakin dan tawakal dan kena juga usaha sendiri bukan hanya meminta bantuan pada ustaz2 je..kita pun kena buat solat2 sunat, bzikri, selawat semua, banyakkan brdoa untuk menyembuhkan dari dalam..barulah sel2 jahat akan mati dan inshallah walaupun bukan dalam jangka masa yang singkat...Tapi yang penting jangan tersalah pergi perutan islam yang syirik dan mepergunakan kan agama sudahla..banyyakkan membaca tentang cara2 perubatan islam yang betul..kaedah yang mereka gunakan...takut2 terpergi ke tempat yang bertopengkan agama je..apepun banyakkan buat rujukan dan perhatikan semasa proses raewatan tu..kalau dah pelik sangat itu bukan kaedah islam tapi lebih kepada bomoh..jangan sampai khurafat dan menyesatkan pulak..

Apa yang penting kita percaya dengan Allah dan sentiasa percaya dengan atas izinNya..sesunggunya Dia yang Maha Menyembuh dan Maha Mengentahu..inshallah..

Dua2 cara tak salah..dua2 cara perubatan ada baiknnya..cuma orang yang melalui sakit itu yang akan merasa mana yang terbaik..

Kesimpulannya , mana satu harus aku ikot? perubatan modern atau perubatan islam? kalau korang?

Comments

Popular posts from this blog

Ujian & Dugaan Part 2 ( Hemodialisis )

Ujian & Dugaan Part 3 ( Plasma Exchange )

Ujian & Dugaan Part 1