SELAMAT HARI PENDIDIK

assalammualaikum...

Rasanya dah lama xmngupdate blog ni..setelah sekian lama baru la dapat update kerana kebusyian yang xdapat dibendung...kahkah propa je!

So citenye semalam 16 mei is hari guru untuk seluruh rakyat malaysia..malaysia je ke? or seluruh dunia yg menyambut hari guru ni? tak sure pulak aku...huhuhu..

Selama hidup 25 tahun ni banyak yang dah aku belajar dari baby sampai la besar..tak kira la ape pun yang aku belajar dalam mengharungi hidup ni..
Untuk yang pertama kali aku digelar pendidik dan guru pada tahun ni dan merasa dihargai oleh pelajar2 dan juga orang disekililingku...rasa macam tak percaya pun ade yang aku ni seorang pendidik...sebab rasa macam tak layak je.,and juga ada yang xpercaya aku mampu untuk menjadi pendidik dan mampu membimbing adik2 yang baru nak mengenal erti hidup....chewaahhh!



btw Selamat Hari Guru kepada seluruh pendidik tak kira ape ape jua bidang yang diceburi..tak kira la cikgu taska, cikgu sekolah, cikgu guru memandu, ckgu jahit, cikgu masak..ape je berbentuk pelajaran dan ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan kita semua pendidik...dan mak ayah kita juga seorang pendidik yang x putus2 mengajar dan memberikan ilmu dari kita kecil hingga dewasa...

setelah bergelar pendidik ni baru la faham dan mengerti erti penat lelah seorang tenaga pengajar untuk memastikan apa yang dicurahkan ilmu kepada pelajar sampai dan mereka semua dapat aplikasikan apa yang diajar tu dengan jayanya,,haaa...

Aku pun rasa berbangga bila mereka semua dapat dan memperoleh prestasi yang cemerlang dengan kesemua project2 dan asignment mereka tu.
Walaupun baru setahun jagung aku dalam bidang pendidikan..aku dah jatuh hati dengan bidang mengajar ni..dia mengajar aku erti kesabaran, ketabahan, kesungguhan dalam menyelesaikan semua masalah terutama bila berhadapa dengan student yang degil dan nakal..tapi itulah cabaran seorang pendidik..kesabaran adalah tunjang utama..

aku nak ucapkan selamat hari guru kepada mak dan ayah aku, cikgu masa tadika, S.K Beserah, SMK Tok Sera, Lecturer yang mengajarku semasa di Uitm Kuala Terengganu, Uitm Shah Alam, Uitm Puncak Alam, Ckgu sekolah Memandu, dan semua yg pernah memberikan ilmu kepadaku secara langsung dan tak langsung..terima kasih segalnya..tanpa semua pendidik2 ni kita tak kemana dan kita takkan dapat berjaya jika tiada insan bergelar pendidik..Terima Kasih Cikgu..Kerana Jasa dan Ilmu yang diberikan tak mampu untuk dibalas...hanya Allah yang mampu membalasnya..

last but not least SELAMAT HARI GURU! MEKASEH CIKGU!




Comments

Popular posts from this blog

Ujian & Dugaan Part 2 ( Hemodialisis )

Ujian & Dugaan Part 3 ( Plasma Exchange )

Ujian & Dugaan Part 1