Muffin Chocolate Chip Eid Adha :D

assalammualaikum..


Btw SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA to all muslim in da world..especially for my family, friends and para jemaah haji di makkah..semoga selamat disana.. :)

So nampaknya untuk raya korban tahun  ni family aku macam beriye sikit..termasuk la aku,hahahha..juadah untuk raya kali ni ayah buat mee kari, nasi dagang, ketupat rendang..and aku buat muffin chocholate chip..muehehhe...punye semangat kali ni..padahal raya korban sebelum2 ni takde pun nak buat ape2..takpelah skali sekale ape salahnya kan..

entry kali ni aku just nak share salah satu menu diatas iatu muffin chocolate chip yang aku buat untuk pertama kalinya..muehhee...aku mintak resipi ni dari mak kawan aku sufi..mak dia memang terer baking siot..kalau pergi umah dia ade je biskut,cupcakes ke..muffin yang sedap2 mak dia buat! n one more feveret things in cheese tart..memang sedap! aku tak makan yg org lain punye..even secret recipe pun..aku makan mak dia punye cheese tart je!

so kenapa tah dengan secara tetibe terdetik hati ni nak baking..sebab aku pun dah lame tak baking.dulu time diploma rajin je nak mask itu ini..bake kek tu kek ni..hakhahak..tp sekarang malas...tapi mood tu dah datang kembali..yeay!
so dengan bantuan sufi bg recipe through whatssap aku pun p la beli barang2 yang diperlukan..
so ape barang2 yang diperlukan nak buat muffin chocolate chip ni? let's get start!



1. tepung gandum ( 500g )
2. baking powder ( 2 sudu tea )
3. baking soda ( 1/2 sudu tea )
4. serbuk koko ( 70g )
5. chocolate chip ( 200g ) nak lebih pun bole..
6. minyak jagung ( 300ml )
7. Susu segar ( 400ml )
8. esen vanilla ( 2 sudu tea )
9. gula perang ( 470g )
10. telur ( 6biji )
11. bekas acuan muffin..perlu ade la kan!

Cara- caranya :-
Bahan A
1. ayak tepung,serbuk koko dan masukkan baking powder, baking soda dalam bekas yang besar.
2. masukkan sekali gula perang dan chocolate chip..gaul sampai rata.

macam ni
Bahan B
1. masukkan minyak ,telur dan susu segar dalam blender putar hingga gebu..kalau nk putar pakai pemukul tangan pun bole..asalkan semua bahan dipukul rata.


selepas itu masukkan bahan B tadi ke dalam Bahan A..Gaul sehingga rata.

bahan A n B setelah dicampurkan dan digaul rata
 sambil2 tuh p la panaskan oven kejap and susun bekas muffin ataih dulang..
cup tu nak comel je kan..hahha

comot >.<! hehehe

jangan isi penuh2..nanti muffin akan mengembang


bakar selama 15 - 25 minit , suhu 180'c
 satu doh ni aku dapat dalam 42 cup..itu sebab tak dapat nak balance mase letak dalam cup..tp kalau sukat betul2..dapat jugak 50 cup kot..modal pun tak besar mane..less than RM50..kalau mane dah ade bahan kat rumah lagi sikit je cost.
then finally 
TADAAA!

muka nk suci je kan..hahaha

itu baru kau nampak chocolate chip kat atas..tapi kat dalam cair je mase panas...wehuuu..!


my muffin choc chip! XD




akhirnya berjaya juga untuk percubaan pertama kalinya dan rasanya same la ngn muffin mak sufi! yeay!
agak2 bole buat bisnes tak? hahaha
btw..jom la try buat! siyes senang je..sambil tido pun bole buat..hahaha! 


thanks reading this entry


Comments

Popular posts from this blog

Ujian & Dugaan Part 2 ( Hemodialisis )

Ujian & Dugaan Part 3 ( Plasma Exchange )

Ujian & Dugaan Part 1