Jodoh itu Rahsia Allah

 Seperti mana yang semua orang dah tahu jodoh ni ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Cuma kadang kita terfikir jodoh ni perlu dicari atau menunggu sahaja? Ada yang berfikir kita hanya perlu menunggu. Sebab Allah kan dah tentukan jodoh masing-masing. Kalau dah tiba masa jodoh kita sampai, seseorang tu datang la sendiri kat kita. Tapi ada juga yang anggap statement tu salah. Sebab kalau nak jodoh tu datang kat kita, kita sendiri la yang kena cari. Jodoh takkan datang bergolek. Kita kena berusaha. Agak confuse kan disini? Aku sendiri pun confuse. Tapi jangan risau sebab baru-baru ni aku ada baca entry pasal jodoh yang telah membuka luas minda dan hati aku ni. So, kat sini aku nak share sikit. Jangan lah risau kalau jodoh belum sampai sebab mungkin belum masanya lagi. Biar Allah yang tentukan okay. 


Jodoh itu suatu ketentuan.
'...Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesunguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.' [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]


Jodoh dan pertemuan seseorang terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.


Tapi perlukah kita berusaha? Usaha yang sebenar adalah fikir dahulu sebelum membuat tindakan. Tanya diri kita bersediakah kita untuk menerima jodoh ini. Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari' itu masih tidak perlu. Gejala ber'couple' ini boleh  menjerumuskan diri kita ke arah zina. Dan zina merupakan dosa besar.


"Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]


Dalam pemerhatian aku sendiri, ramai orang tak kira lelaki mahupun perempuan dah banyak kali kecundang dalam percintaan yang berlandaskan suka sama suka. Kerana mereka salah dalam mengetepikan kuasa Allah dalam persoalan jodoh.


Dan wahai hati-hati yang suci, jikalaupun ikatan yan dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah? Dan berhakkah kita untuk mencintai orang yang masih tidak halal bagi kita? Adakah itu namanya cinta tulus dan suci? Fikir-fikirlah sendiri. 


Dan bagi yang mampu, berusahalah anda untuk mencari jodoh. Jadilah yang terbaik untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kerana perempuan/lelaki yang baik hanya untuk perempuan/lelaki yang baik. Mohon pada yang Esa agar dipertemukan jodoh yang baik dan dipercepatkan jodoh bagi yang dah bersedia. Moga Allah S.W.T memakbulkan doa kita. InsyaaAllah. :)


p/s: There's no such thing as 'forever alone'. Allah kan ada bersama kita and i will try to have him because of Allah.

Popular posts from this blog

Ujian & Dugaan Part 2 ( Hemodialisis )

Ujian & Dugaan Part 3 ( Plasma Exchange )

Ujian & Dugaan Part 1